Terdapat keperluan mewujudkan kilang pengeluaran beras sendiri di Negeri Sembilan bagi menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Beliau berkata pada masa sama, usaha terhadap penanaman padi di Kuala Pilah, Jelebu, Jempol dan Gemas juga perlu digiatkan.
"Saya sudah minta supaya mengadakan program keterjaminan makanan terutamanya beras, barangan keperluan asas lain seperti gula, minyak masak dan sebagainya yang mempunyai perancangan masa panjang bagi tempoh dua hingga lima tahun.
"Kita perlu ada stok makanan mencukupi, susulan itu kerajaan negeri melihat perlu ada kilang mengeluarkan beras bagi menampung keperluan rakyat di negeri ini dengan harga yang berpatutan," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jelajah Fit Malaysia 2023 Peringkat Negeri Sembilan di Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.
Jalaluddin berkata pihaknya akan membentangkan rancangan induk berkaitan program keselamatan makanan di negeri ini dengan melibatkan jabatan dan agensi berkaitan sebagai tindakan awal menghadapi isu bekalan makanan.
Katanya perancangan tersebut melibatkan berkaitan makanan asas seperti minyak, gula, tepung, daging dan ayam serta pemulihan tanah terbiar dan kawasan pertanian yang memerlukan suntikan dana kerajaan negeri.
Beliau berkata perkara itu juga adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan kepada ketua jabatan dibawah seliaannya yang perlu dicapai.
"Saya tidak mahu mendengar rungutan rakyat mengenai kekurangan bekalan, harga melampau atau kualiti bekalan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
Usaha penanaman padi di Kuala Pilah, Jelebu, Jempol dan Gemas akan dipergiatkan. - Gambar/ FB Aminuddin Harun
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
Lembu berkeliaran, PBT laksana tangkapan secara agresif
Semua PBT di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan disebabkan binatang ternakan berkenaan.
Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian
Kesemua PBT di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutama di kawasan tanah persendirian.
Liputan internet di N.Sembilan capai 98.35 peratus suku pertama tahun ini - MCMC
Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Negeri Sembilan selaras kenaikan gaji ikut Persekutuan - MB
Kerajaan Negeri Sembilan akan turut melaksanakan penyelarasan kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu sepertimana dilakukan di peringkat Persekutuan.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Rumah terbuka Aidilfitri meriah, erat hubungan kaum
Kemeriahan sambutan Aidilfitri hari ini bukan hanya dirasai umat Islam di negara ini malah turut diraikan masyarakat berbilang kaum menerusi penganjuran rumah terbuka.
KL, Negeri Sembilan catat peningkatan pembaziran makanan pada Ramadan 2023
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan direkodkaan sebagai dua negeri yang mencatatkan peningkatan pembaziran makanan pada bulan Ramadan tahun lalu.
Aminuddin nafi campur tangan tamatkan kontrak Zaquan Adha
Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan masuk campur tangan dalam keputusan menamatkan kontrak bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak.